Sahabat Abu Hurairah RA.
Abu Hurairah sahabat Rasulullah SAW
ini ialah seorang perawi hadis yang terkenal. Dilahirkan 19 tahun sebelum
Hijrah. Namanya sebelum Islam Abd Syams
sedangkan nama Islamnya adalah Abdur Rahman. Berasal daripada qabilah ad-Dusi
di Yaman.
Gelaran Abu Hurairah RA adalah kerana
kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu
Hurairah RA bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan
bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya
lantas dia digelar Abu Hurairah RA oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia
lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah RA.
Abu Hurairah RA memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah S.A.W.
berangkat menuju ke Khaibar. Ketika itu ibunya masih belum menerima Islam malah
menghina Nabi. Abu Hurairah RA lalu bertemu Rasulullah S.A.W. dan meminta
baginda berdoa agar ibunya masuk Islam. Kemudian Abu Hurairah RA menemui ibunya
kembali, mengajaknya masuk Islam. Ternyata ibunya telah berubah, bersedia
mengucapkan dua kalimat syahadat.
Apabila pulang dari Perang Khaibar, Rasulullah S.A.W.
memperluaskan Masjid Nabawi ke arah barat dengan menambah ruang sebanyak tiga
tiang lagi. Abu Hurairah RA turut terlibat dalam pengubahsuaian ini. Ketika
dilihatnya Rasulullah S.A.W. turut mengangkat batu, ia meminta agar beliau
menyerahkan batu itu kepadanya. Rasulullah S.A.W. menolak seraya bersabda,
“Tiada kehidupan sebenarnya, melainkan kehidupan akhirat.”
Abu Hurairah RA pernah tersilap menimbang makanan yang
lazat sehinggakan dia dikenakan hukuman dipukul oleh Rasulullah S.A.W.
Bagaimanapun Abu Hurairah RA gembira “Kerana Nabi menjanjikan akan memberi
syafaat kepada orang yang pernah merasa disakitinya secara sengaja atau tidak,”
katanya.
Begitu cintanya kepada Rasulullah S.A.W. sehingga siapa
pun yang dicintai, ia ikut mencintainya. Misalnya,ia suka mencium Hasan dan
Husain, karena melihat Rasulullah S.A.W.mencium kedua cucunya itu. Ini
baru dinamakan cinta. Hari ini jika kita meniru apa yang pemimpin lakukan orang
kata taasub. Lihatlah taasubnya sahabat dengan Rasulullah SAW.
Abu Hurairah RA berpindah ke Madinah untuk mengadu nasib.
Di sana ia bekerja menjadi buruh kasar bagi siapa yang memerlukannya Sering
kali dia mengikatkan batu ke perutnya, kerana menahan lapar yang amat sangat.
Malah diceritakan bahawa dia pernah berbaring berhampiran mimbar masjid
sehinggakan orang menyangka dia kurang waras. Apabila Rasullullah S.A.W. mendengarkan
perkara tersebut, baginda menemui Abu Hurairah RA yang menjelaskan bahawa dia
berbuat sedemikian kerana lapar, lalu Rasullullah S.A.W. pun segera memberinya
makanan.
Abu Hurairah RA adalah sahabat yang sangat dekat dengan
Nabi S.A.W. Ia dikenal sebagai salah seorang ahli shuffah, yaitu orang-orang
miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di masjid Nabi. Beliau begitu
rapat dengan Nabi S.A.W., sehingga baginda selalu menyuruh Abu Hurairah RA
untuk mengumpulkan ahli shuffah, jika ada makanan yang hendak dibagikan.
Pernah pula pada suatu masa, dia duduk di pinggir jalan
tempat orang biasanya berlalu lalang sambil mengikatkan batu ke perutnya.
Dilihatnya Abu Bakar r.a melintas. Lalu dia minta dibacakan
satu ayat Al-Quran. “Aku bertanya begitu supaya dia mengajakku ikut, memberiku
pekerjaan,” tutur Abu Hurairah RA. Tapi Abu Bakar RA cuma membacakan ayat,
lantas berlalu.
Dilihatnya Umar ibn Khattab RA. “Tolong ajari aku ayat
Al-Quran,” kata Abu Hurairah RA. Ternyata dia kecewa sekali lagi kerana Umar RA
melakukan hal yang sama.
Tak lama kemudian Rasullullah S.A.W. pula yang berlalu.
Nabi tersenyum. “Beliau tahu apa isi hati saya. Beliau boleh membaca raut muka
saya dengan tepat,” tutur Abu Hurairah RA.
“Ya Aba Hurairah!” panggil Nabi.
“Labbaik, ya Rasulullah!”
“Ikutlah aku!”
Beliau mengajak Abu Hurairah RA ke rumahnya. Di dalam
rumah didapati semangkok susu. “Dari mana datangnya susu ini?” tanya Rasulullah
S.A.W.. Beliau diberitahu bahwa seseorang telah memberikan susu itu.
“Ya Aba Hurairah!”
“Labbaik, Ya Rasulullah!”
“Tolong panggilkan ahli shuffah,” kata Rasullullah S.A.W.
Susu tadi lalu dibagikan kepada ahli shuffah, termasuk Abu Hurairah RA. Itulah
mukjizat Nabi SAW, susu semangkuk cukup mengenyangkan bilangan yang ramai.
Sejak itulah, Abu Hurairah RA berkhidmat dengan Rasullullah S.A.W. , bergabung
dengan ahli shuffah di masjid.
Maka jika ada pengikut-pengikut ulama pewaris Nabi yang
sanggup berkhidmat dengan mursyidnya, lantaran melihat kebesaran karamah Tuhan
yang ada pada mursyidnya, tidak sepatutnya sikap itu dimusuhi. Inilah
sikap-sikap yang diwarisi dari para sahabat Rasulullah SAW. Pernah Abuya
berkata: Ikhwan itu ialah orang yang kekal dalam jemaah hingga ke hujung.
Mereka samada berketurunan Nabi Muhammad yang mulia ataupun dari keturunan
sahabat-sahabat baginda SAW.
Walaupun Abu Hurairah RA merupakan seorang yang papa pada
mulanya, dia telah dipinang oleh salah seorang majikannya yang kaya raya untuk
puterinya, Bisrah binti Gazwan. Rahmat Islamlah yang membuatkan Abu Hurairah RA
dipandang mulia bukan kerana harta dunia karena kealiman dan kesalihannya.
Sejak berkahwin, Abu Hurairah RA membahagi malamnya
kepada tiga bahagian: untuk membaca Al-Quran, untuk tidur dan keluarga, dan
untuk mengulang-ulang hafazan hadis. Dia dan keluarganya tetap hidup sederhana
walaupun setelah menjadi orang berada . Abu Hurairah RA suka bersedekah,
menjamu tamu, bahkan memberi sedekah rumahnya di Madinah untuk
pembantu-pembantunya.
Rasulullah S.A.W. pernah mengutuskan Abu Hurairah RA
berdakwah ke Bahrain bersama Al-Ala ibn Abdillah Al-Hadrami RA Dia juga pernah
diutus bersama Quddamah RA untuk mengutip jizyah di Bahrain, sambil membawa
surat ke Amir Al-Munzir ibn Sawa At-Tamimi.
Abu Hurairah RA berjaya meriwayatkan banyak hadis
disebabkan beliau sentiasa berdamping dengan Rasulullah selama 3 tahun, selepas
memeluk Islam. Ini sebagaimana yang di riwayatkan olehnya : Sesungguhnya
saudara kami daripada golongan Muhajirin sibuk dengan urusan mereka di pasar
dan orang-orang Ansar pula sibuk bekerja di ladang mereka sementara aku seorang
yang miskin sentiasa bersama Rasulullah S.A.W. ‘Ala Mil’i Batni. Aku hadir di
majlis yang mereka tidak hadir dan aku hafaz pada masa mereka lupa.
(Al-Bukhari)
Pada mulanya Abu Hurairah RA mempunyai ingatan yang lemah
lalu beliau mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah lalu mendoakan agar Abu Hurairah
RA diberkati dengan daya ingatan yang kuat lalu semenjak hari itu Abu Hurairah
dikurniakan dengan daya ingatan yang kuat yang membolehkan beliau meriwayatkan
jumlah hadis terbanyak di kalangan para sahabat.
Dikatakan pada satu ketika Abu Hurairah RA telah
diamanahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk menjaga gudang hasil zakat. Pada suatu
malam Abu Hurairah RA telah ternampak seseorang mengendap-gendap hendak
mencuri, lalu ditangkapnya. Orang itu pun hendak dibawanya berjumpa Rasulullah
S.A.W. tetapi pencuri itu merayu minta dikasihani seraya menyatakan bahawa dia
mencuri untuk menyarai keluarganya yang kelaparan.
Abu Hurairah RA merasa kasihan lalu melepaskan pencuri
itu dengan amaran agar tidak mengulangi perbuatannya lagi.
Keesokkan harinya perkara tersebut dilaporkan kepada
Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W. tersenyum lalu bersabda bahawa pencuri itu
pasti akan kembali.
Ternyata keesokkan malamnya pencuri itu datang lagi.
Sekali lagi Abu Hurairah RA menangkap pencuri itu lalu hendak dibawanya
berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Sekali lagi, pencuri itu merayu sehinggakan
Abu Hurairah RA merasa kasihan lalu melepaskannya sekali lagi. Keesokkan
harinya, dia melaporkan hal tersebut kepada Rasulullah S.A.W. yang mengulangi
sabdanya bahawa pencuri itu pasti akan kembali.
Apabila pencuri itu ditangkap sekali lagi Abu Hurairah RA
mengancam akan membawanya berjumpa Rasulullah S.A.W. Pencuri itu merayu meminta
dibebaskan sekali lagi lagi. Apabila Abu
Hurairah RA enggan
melepaskannya, pencuri itu menyatakan dia akan mengajar sesuatu yang baik
sekiranya ia di bebaskan. Pencuri itu menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu
membaca ayat Kursi sebelum tidur syaitan tidak akan menggangguinya.
Abu Hurairah RA merasa tersentuh mendengarkan ajaran
pencuri itu lalu melepaskannya pergi. Keesokkan harinya dia melapurkan
peristiwa tersebut kepada Rasulullah S.A.W. yang bersabda, pencuri yang
ditemuinya itu adalah pembohong besar, tetapi apa yang diajarkan kepada Abu
Hurairah RA itu adalah perkara yang benar. Sebenarnya pencuri itu adalah
syaitan yang dilaknat.
Saiyidina Umar RA pernah melantik Abu Hurairah RA menjadi
gabenor Bahrain ketika beliau menjadi Amirul Mukminin. Tapi pada 23 Hijrah, Umar RA memecatnya
kerana Abu Hurairah RA dituduh menyimpan wang yang banyak sehingga 10,000
dinar. Ketika pembicaraan, Abu Hurairah RA berjaya membuktikan bahawa harta itu
diperolehinya dari berternak kuda dan pemberian orang.Khalifah Umar RA
menerima penjelasan itu dan memaafkannya. Lalu dia diminta menerima jabatan
gabenor kembali, tapi Abu Hurairah RA menolak. Dia memilih untuk tinggal di
Madinah, menjadi warga biasa yang memperlihatkan kesetiaan kepada Umar, dan
para pemimpin sesudahnya.
Apabila kediaman Amirul Mukminin Usman ibn Affan RA
dikepung pemberontak, dalam peristiwa yang dikenali sebagai al-fitnatul kubra
(fitnah/bencana besar), Abu Hurairah RA bersama 700 orang Muhajirin dan Ansar
tampil mengawal rumah tersebut. Meski dalam keadaan siap untuk bertempur, Khalifah Usman ibn
Affan RA melarang pengikut setianya itu memerangi kaum pemberontak.
Pada masa Amirul Mukminin Ali ibn Abi Talib RA ,
Abu Hurairah RA menolak tawaran menjadi gabenor Madinah. Ketika terjadi
pertemuan antara Khalifah Ali dan lawannya, Muawiyah ibn Abi Sufyan, ia
bersikap berkecuali dan menghindari fitnah. Setelah Muawiyah berkuasa, Abu
Hurairah RA dilantik menjadi gabenor Madinah setelah diusul oleh Marwan ibn
Hakam.
Ramai yang berpendapat bahawa Abu Hurairah RA meninggal
dunia di Madinah Munawwarah pada 57 atau 58 H. (676-678 M.) dalam usia 78
tahun. Pun begitu maqamnya berada di Pelestin, Mesir dan Syria. Abu Hurairah RA
meninggalkan sebanyak 5,374 hadis.
Hadis Abu Hurairah RA yang disepakati Imam Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis, oleh
Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis, dan oleh Muslim sendiri 189 hadis. Hadis
yang diriwayatkan Abu Hurairah RA juga terdapat dalam kitab-kitab hadis
lainnya.Antara menantunya adalah Said bin Al-Musayyab.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar