ABDUL RAHMAN BIN AUF
Abdul Rahman Bin Auf
adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah salah
seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan
Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin Auf
dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang pemuda
Quraisy dikota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan
jahiliah berupa penyembahan berhala maupun kejahatan-kejahatan lainnya. Namun
demikian Abdul Rahman terhindar dan bermacam-macam kejahatan yang
berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman
Bin Auf telah mempunyai anggapan bahawa minuman arak itu adalah terlarang.
Abdul Rahman Bin Auf
telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam lagi. Dengan
hal demikian nyatalah bahawa beliau tergolong orang-orang Islam yang permulaan
dan menurut riwayat beliau adalah orang yang 8 dan orang-orang permulaan yang
memeluk Islam. Adalah diriwayatkan bahawa ibu Abdul Rahman Bin Auf sesudah
mengetahui Abdul Rahman Bin Auf memeluk Islam, iapun berkata kepada anaknya,
"Aku akan berjemur dipanas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu
ma1am yang sejuk aku akan bermalam diruang lapang, hinggalah engkau mengaku
akan kembali semula kepada agama nenek moyangmu. Dimikian ibunya mengancam.
Sungguhpun begitu Abdul Rahman Bin Auf tetap tegak memeluk ugama suci dan
mencintai Rasulullah S.A.W.
Adapun nama asal
Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul Ka'abah, tetapi kemudian
setelah Islam beliau menukar namanya kepada Abdul Rahman. Sebagai seorang
sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang
khas iaitu berjuang untuk menegakkan ugama Allah bukan saja dengan pedangnya
bahkan dengan harta dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yang banyak
sekali mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam. Abdul
Rahman pernah membahagikan dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir
miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannya untuk keperluan
sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.
Ramai sahabat yang
telah memimpin penjuangan Islam dan menyibarkan syiar Islam yang berjuang
sebagai panglima atau sebagai pahlawan Islam yang dikenal sejarah, tetapi Abdul
Rahman Bin Auf telah melakukan kepahlawanannya dengan jalan menyerahkan seluruh
kekayaannya dalam menegakkan Islam.
Sebagai seorang
Islam yang permulaan, Abdul Rahman Bin Auf juga telah mengalami berbagai
penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat Quraish di Mekah. Oleh kerana memandangkan
keadaan kaum Muslimin yang sangat sedikit itu sementelahan pula mengalami
berbagai macam ancaman maka Rasulullah s.a.w akhirnya telah memerintahkan para
pengikutnya supaya melakukan hijrah ke negeri Abbysinia kerana menurut Rasul
disana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Tidak
lama kemudian maka berangkatlah rombongan pertama yang melakukan hijrah yang
terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita dan 17 wanita serta anak-anak.
Dan diantara yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang
wanita lalu disusul dengan rombongan kedua yang terdiri dan 83 lelaki dan 17
wanita serta anak-anak. Dan di antara yang melakukan hijrah tersebut
termasuklah Abdul Rahman Bin Auf.
Tidak lama kemudian
Abdul Rahman Bin Auf dan beberapa temannya telah kembali ke kota Mekah sehingga
sampai pada waktu Allah s.w.t memenintahkan kepada Rasulullah s.a.w untuk
melakukan hijrah keYathrib( Madinah) dilakukan Rasulullah sendiri dan
para sahabatnya dan diantaranya termasuk juga Abdul Rahman Bin Auf.
Setiba di Madinah
sebagaimana yang diperlakukan oleh Rasul terhadap lain-lain sahabat dalam
rangka memberikan bantuan, maka Abdul Rahman Bin Auf telah dipersaudarakan oleh
Baginda dengan Sa'ad Bin Rabi' seorang daripada golongan Ansar.
Demi kecintaan Saad
Bin Rabi' kepada saudaranya dan golongan Muhajirin, beliau telah mengatakan
kepada Abdul Rahman demikian antara lainnya, "Saudara, ketahuilah bahawa
saya adalah seorang Ansar yang banyak harta, dan kiranya saudara sudi ambillah
separuh dan kekayaan saya itu. Saya juga mempunyai dua orang isteri dan kiranya
Saudara sudi mana satu antaranya, saya sedia mencaraikannya supaya boleh
saudara mengahwininya. Mendengarkan kata-kata sahabatnya itu Abdul Rahman Bin
Auf seraya menjawab, "Saudaraku, semoga Allah akan memberikan berkat
terhadap keluarga dan hartabenda saudara. Janganlah disusahkan tentang din saya
ini, yang penting bagi saya ialah kiranya saudara sudi menunjukkan saya jalan
menuju ke pasar.
Sungguh beliau
memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa saja
beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya
memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat
dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga
diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai
jumlah 84 ribu dinar. Akan tetapi disamping kekayaannya yang melimpah-limpah
itu, bellau termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah juga
merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan terhadap
kaum fakir miskin.
Pada zaman
Rasulullah S.A.W, beliau pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan
menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah
terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali
duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan
menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan
senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga
dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.
Memandangkan jasa
dan pengorbanan menegakkan Islam dengan hanta kekayaannya Rasulullah S.A.W
pernah bersabda, "Abdul
Rahinan Bin Auf adalah saudagar Tuhan " sebagai
memujinya atas peranannya menegakkan ugama ALlah dengan harta kekayaan. Dalam
satu riwayat lain pula Rasulullah pernah bersabda, "Sesungguhnya mereka
yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal dunia adalah manusia yang
benar dan manusia yang mempunyai kebajikan. Dalam hal ini Abdul Rahmanlah salah
seorang sahabat yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana beliaulah yang
menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu'minin dalam melakukan ibadah haji dibawah
lindungan beliau.
Disamping memiliki
kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang takut dan benci kepada
harta kekayaan dan selalu menghindarkan din dan penganuh kekayaannya. Adalah
diriwayatkan bahawa pada suatu han Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu
lalu ia ditanyai orang apakah yang menyebabkan beliau menangis itu, lalu
dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia
meninggal dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki
sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya
Hamzah Bin Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia
tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya
khuatir saya ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati
kebahgiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih daripada
para sahabat Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana saya mempunyai banyak
harta. Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul
Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu
ditanyai orang, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu
menjawab, "Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah
kenyang oleh roti gandum.
Demikianlah jiwa
Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat besar Rasulullah. Memandangkan
besarnya semangat pengorbanannya itu maka tidaklah hairan kiranya Rasulullah
s.a.w mengatakan bahawa Abdul Rahman adalah di antara sepuluh orang yang telah
digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki syurga.
Dizaman Khalifah
Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah memperoleh kehormatan dan keutamaan
di sisi Khalifah. Di zaman Khalifah, beliau pernah dilantik oleh Khalifah Umar
untuk memimpin rombongan haji pada tahun pertama setelah Saiyidina Umar dipilih
sebagai khalifah. Malah beliau jugalah salah seorang yang telah diwasiatkan
oleh Khalifah Umar Al Khattab sebelum kewafatan beliau menjadi salah seorang
ahli dalam majlis jawatankuasa di antara enam orang anggota bagi memilih calon
khalifah yang akan menggantikan baginda. Beliaulah juga tokoh yang mengetuai
tugas untuk menentukan siapakah yang bakal menggantikan Khalifah Umar Al
Khattab sebagai khalifah ketiga umat Islam yang akhirnya jatuh ketangan
Saiyidina Uthman Bin Affan r.a.
Pada tahun 31
Hijrah, setelah menempuh hidup didunia yang fana mi selama 74 tahun,
berpulanglah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah. Dalam usia 75 tahun. Dan
sebelum meninggalnya, Ummul Mu'minin Aisyah telah menawarkan bahawa jika ia
menghendakinya akan ditempatkan kuburannya nanti di sisi kuburan Nabi, Abu
Bakar dan Umar r.a. Dengan suara yang merendah diri ia menjawab bahawa ia malu
jika diberi kedudukan yang sedemikian tingginya untuk berkubur di samping
Rasul. Dan ia juga menyatakan bahawa dirinya telah terikat janji dengan Uthman
Bin Mazh'un bahawa jika salah satu di antara mereka berdua meninggal dunia
lebih dahulu, maka ia akan berkubur di samping kuburan kawannya yang lain.
Jenazah beliau telah dikebumikan di Baqi dan disembahyangkan oleh Saiyidina
Uthman Bin Affan, Zubair Ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar