Dan
dari Abu Said Alkhudri berkata bahwa Rasulullah s.a.w.
ada bersabda: Pada zaman yang terdahulu, terjadi seorang yang telah membunuh
hampir sembilan puluh sembilan nyawa, kemudian ia ingin bertaubat. Lalu ia mencari
seorang pendita dan bertanya apakah masih ada peluang untuknya bertaubat?
Jawab
pendita itu: Tidak ada. Maka segera dibunuh pendita itu menjadikan genap
seratus orang yang telah dibunuhnya. Kemudian ia pergi mencari seorang alim
pula dan bertanyakan akan pertanyaan yang sama. Maka dijawab oleh orang alim
itu bahawa dia masih berpeluang untuk bertaubat dan tiada siapa yang boleh
menghalangnya. Pergilah ke sebuah dusun di mana di situ terdapat orang-orang
yang taat kepada Allah. Lakukanlah
sebagaimana yang mereka semua buat dan jangan kembali ke negeri ini lagi. Lalu
pergilah orang itu tetapi di pertengahan jalan ajalnya tiba lebih dahulu.
Maka
bertengkarlah Malaikat rahmat dan Malaikat seksa. Berkatalah Malaikat rahmat:
Dia telah berniat untuk bertaubat kepada Allah sepenuh hatinya. Berkata pula
Malaikat siksa: Dia belum pernah berbuat kebaikan sama sekali. Kemudian
datanglah seorang Malaikat berupa manusia sebagai hakim di antara mereka. Dia
berkata: Ukur sahaja jarak di antara dua dusun yang ditinggalkan dan yang
dituju, ke mana dia paling hampir masukkanlah ia kepada golongan itu. Setelah
diukur, didapati jaraknya lebih hampir kepada dusun yang baik kira-kira
sejengkal. Lalu dipegang rohnya oleh Malaikat rahmat.
Dari Abu Hurairah r.a.
berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Allah, sesungguhnya
saya membaca istighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah setiap
hari, lebih dari tujuh puluh kali
Tidak ada komentar:
Posting Komentar