WASIAT
LUQMAN AL-HAKIM
Ramai di
kalangan umat Islam tidak mengetahui bahawa ‘wasiat’ yang diberikan oleh Luqman
keWASIAT LUQMAN AL-HAKIM
Wasiat turut
memainkan peranan yang penting di dalam berdakwah. ‘Bapa’ memikul tugas yang
amat berat untuk memelihara kebahagiaan keluarga yang terdiri dari isteri dan
anak-anak. Kita telah dihidangkan oleh Al Quran bagaimana Luqman al-Hakim
mendidik anaknya. Dan sebagaimana yang dimaklumi sebuah surah khusus di dalam
Al Quran diberi nama dengan nama Surah Luqman.
Ramai di
kalangan umat Islam tidak mengetahui bahawa ‘wasiat’ yang diberikan oleh Luqman
kepada anaknya itu merupakan salah satu ‘teknik’ di dalam berdakwah.Sekiranya
teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian,nescaya
anak-anak akan lahir sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah
s.w.t.. Bertuahlah sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak seperti mereka.
Mempunyai generasi yang diibaratkan umpama purnama yang menerangi kegelapan
malam. Wahai ayah dan ibu,wasiatkan kepada anak-anakmu sepertimana wasiat yang
diajar oleh Luqman al-Hakim!!!
Dr.Wahbah
Az-Zuhaili telah berkata di dalam bukunya ‘Tafsir Munir':
“Al Baidhawi
telah berkata bahawa nama Luqman sebenarnya ialah Luqman bin Ba’ura. Beliau
bukannya nabi tetapi jumhur mengatakan bahawa beliau seorang yang bijaksana.
Diberikan kepadanya Al Hikmah iaitu kelebihan pada akalnya,cerdik dan perkataan
atau kalam yang dikeluarkannya memberi kesan kepada manusia. Nama sebenar
anaknya ialah (mengikut As-Suhaili) An’am atau Asykam atau Matan atau Tharan”
Abd.Rahman
Hassan Al Maidani berkata di dalam bukunya ‘Fiqh Dakwah’ bahawa di sana
terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Luqman
mendidik anaknya melalui ‘wasiat’. Oleh itu marilah sama-sama kita menilai
wasiat tersebut yang mengandungi 14 permasalahan penting buat umat Islam
selepas ini.
U/P :
1. Tulisan
berikut selepas ini berdasarkan terjemahan dan olahan melalui buku karangan
Dr.Wahbah Az-Zuhaili dan Abd.Rahman Hassan Al-Maidani yang tersebut di atas.
2. Untuk
memudahkan anda,sila rujuk terjemahan/tafsir Al Quran bagi ayat 13-19 Surah
Luqman.
Permasalahan
Pertama:
Perkara
pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah jangan Syirik kepada Allah
s.w.t.. Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah s.w.t.
adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa? Kerana ia mengandungi syirik
terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta ) dan
syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah). Atau
dengan ertikata lain, mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu lain yang
juga mampu memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah s.w.t. dengan
sesuatu yang lain yang juga layak untuk disembah. Inilah Syirik!!!
Meskipun
syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap Rububiyatullah,
akan tetapi Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa orang yang mati dalam hal
demikian!
Syirik
sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di tempat
yang sepatutnya. Lagi sekali kita ingin mengajukan soalan. Mengapa syirik
dikatakan zalim? Telah disepakati, bahawa Allah s.w.t.lah yang menciptakan
makhluk semesta alam. Allah s.w.t. jua yang menurunkan nikmat. Adakah layak
kita samakan kekuasaan Allah s.w.t. ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika
ada di kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah s.w.t. dengan kuasa
yang lain maka ia telah melakukan kezaliman!!!
Allah s.w.t.
sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tak
mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan, maka
inilah kezaliman. aitulah meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya.
Inilah yang
diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud:
“Wahai anakku!
Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t.. Sesungguhnya mempersekutukan
Allah s.w.t. itu adalah kezaliman yang amat besar.”
Permasalahan
Kedua:
Luqman
mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah
nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan banyak. Dan kesyukuran mengandungi erti:
Balasan perbuatan yang indah dan baik dengan perbuatan yang juga baik dan
indah. Termasuk di dalam erti kata syukur ini ialah beribadah kepadaNya dengan
melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan, mendekatkan diri kepadaNya,
menuntut keredhaan-Nya dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa
kepadaNya yang Maha Esa.
Memuji lebih
umum dari bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu diberikan ke atas yang
dipuji pabila bersifat dengan sifat atau sifat-sifat yang baik. Hatta yang
dipuji itu tidak melakukan sesuatu kebaikan terhadap pemuji. Dan peringatan
‘kesyukuran’ kepada Allah s.w.t. ini dikaitkan dengan pembalasan pada Hari
Qiamat. Jika sekiranya kesyukuran itu kepada Allah s.w.t.,maka akan mendapat
balasan pahala dan jika sebaliknya akan mendapat balasan siksaan di atas
kekufuran dan keingkaran.
Inilah yang
diperkatakan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
“Dan kami
wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibubapanya…Bersyukurlah
kepadaku dan…Kepadaku tempat kembali.”.
Permasalahan
Ketiga:
Luqman
mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa di atas susah payah dan
jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian
dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak keduanya terutama kepada ibu.
Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari proses
mengandung sehinggalah melahirkan anak,menyusu sehingga tamat tempoh
berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mentarbiyah anak siang dan malam.
Sesungguhnya
ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali
pabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang
disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu.
Lihatlah
tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini. Terima
kasih/kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada Allah s.w.t..
‘Logiklah’ bahawa ucapan terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat Khaliq
(pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului oleh
ibu bapa yang tercinta.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
“Dan kami
wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya.
Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan
menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu!
Kepadaku tempat kembali”
Permasalahan
Keempat:
Luqman
mendidik anaknya dengan mencegah anaknya dari mentaati ibubapa yang mendesak
atau mengajak supaya mensyirikkan Allah s.w.t. dan segala macam perbuatan
maksiat yang dilarang Allah s.w.t.
Akan tetapi
sebagai anak,ibubapanya harus dilayani ,ditemani dan digauli dalam suasana yang
penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus melakukan kebaikan kepada
mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan,menghormati dan berkhidmat
kepada mereka.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
“Dan kalau
keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku, apa yang tiada engkau
ketahui ,janganlah dituruti;dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara
patut”
Permasalahan
Kelima:
Luqman
menasihati anaknya agar melalui jalan yang dilalui oleh mereka yang kembali
bertaut kepada Allah s.w.t. dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang
lurus (jalan yang Allah s.w.t. anugerahkan nikmat kepada mereka).Bukan jalan
yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah s.w.t. dan mereka yang sesat!
Mereka yang
kembali kepada Allah s.w.t ini terdiri dari kalangan para Rasul, Nabi, orang
benar dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan keikhsanan dari kalangan
orang mukmin.

“Dan turutlah
jalan orang yang kembali kepadaKu “
Permasalahan
Keenam:
Luqman berpesan
kepada anaknya supaya melakukan ‘pemerhatian’ tentang Hari Qiamat,urusan al-
Qadha’,pembalasan amalan serta melakukan pemerhatian terhadap segala arahan
menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus dunia ini.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
“Nanti kamu
akan kembali kepadaKu dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang telah kamu
kerjakan”
Permasalahan
Ketujuh:
Luqman
menerangkan kepada anaknya akan ‘syumul’nya Ilmu Allah melewati ilmu manusia.
Allah s.w.t. bebas melakukan apa sahaja tanpa ada halangan. Allah s.w.t.
mendatangkan sesuatu yang diinginkanNya dari segenap tempat yang tak mampu
dibuat oleh makhluk.
Sesuatu
kebaikan,kejahatan,kezaliman dan kesalahan yang diumpamakan seperti berat biji
sawi walaupun tersembunyi jauh di dalam batu atau jauh berada di tempat yang
tinggi seperti langit atau jauh berada di sedalam-dalam tempat seperti di dasar
bumi akan didatangkan oleh Allah s.w.t. jua pada Hari Qiamat untuk dihisab /
dihitung dan diberi ganjaran dosa atau pahala.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 16 surah Luqman yang bermaksud:
“(Kata
Luqman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan
ada (tesembunyi) dalam batu,di langit atau di bumi ,itu akan dikemukakan oleh
Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal-hal yang halus) dan Cukup Tahu”
Permasalahan
Kelapan:
Luqman
menyuruh anaknya agar menunaikan solat/sembahyang kerana solat merupakan fardhu
yang difardhukanNya melalui utusanNya di bumi( dari kalangan Nabi dan Rasul).
Selepas
manusia ditegah dari syirik dan ditakutkan dengaan Ilmu Allah dan QudratNya
yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa,datanglah arahan supaya beramal dengan
amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid iaitu antaranya solat /
bersembahyang. Solat adalah tiang agama. Dalil keimanan dan yakinnya hamba
terhadap Ilahi. Jalan mendekatkan diri kepadaNya dan membantu mencegah
kemungkaran, kekejian dan mensucikan diri.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
“Hai anakku!
Dirikanlah solat/sembahyang “
Permasalahan
Kesembilan:
Luqman
menyuruh anaknya berbuat yang ma’ruf / kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini
menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan
mencegah kemungkaran dari ‘tugasan’ yang terkandung di dalam seruan Ilahi
kepada Agama Islam semenjak dahulu lagi…

“Suruhlah
mengerjakan yang baik,cegahlah perbuatan yang buruk”
Permasalahan
Kesepuluh:
Luqman
menasihatkan anaknya agar bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang
menimpa diri samada musibah itu datang dari Ilahi menguji diri,harta,suami
isteri dan anak-anak. Atau musibah ini berpunca dari bertembungnya dengan
masyarakat yang membenci pendakwah (pendakwah bersifat pembawa hidayat,pemberi
ingatan ,pembaik pulih dan pelindung) apabila menyeru ke arah kebaikan dan
mencegah kemungkaran dan apabila pendakwah mengajak manusia kepada Agama Allah
iaitu Islam serta lain-lain bidang atau cabang-cabang kebaikan.
Dimulakan
wasiat dengan arahan solat / bersembahyang dan ditamat dengan arahan supaya
bersabar. Mengapa? Kerana solat tiang agama dan sabar merupakan asas kekalnya
ketaatan sepanjang masa.
Secara jelas
dapat difahami ,bahawa sabar menahan musibah ini tergolong di dalam ‘perkara
yang berhajat kepada kehendak yang kuat dari tahap keazaman’.

“Dan berhati
teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau;sesungguhnya (sikap) yang demikian
itu masuk perintah yang sungguh-sungguh”
Permasalahan
Kesebelas:
Luqman
menasihati anaknya agar jangan takabbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun
yang menunjukkan kesombongaan dan ketinggian diri di depan manusia.
Luqman
berpesan agar jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerna ia
menunjukkan sifat takabbur dan menghina(merendah-rendahkan seseorang). Jangan
takabbur dan merendah-rendahkan seseorang. Jangan memaling muka,membantah atau
membangkang tanpa usul periksa. Akan tetapi sentiasalah tawadhuk(merendahkan
diri) ,berlembut,manis bicara,senang diajak berbicara,seronok diajak
berbicara,riak muka yang gembira,seronok ,ramah dan menjadi pendengar yang
baik.
Inilah yang diterangkan
melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
“Janganlah
engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan”
Permasalahan
Kedua Belas:
Luqman
nasihati anaknya agar tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan
keseronokan yang amat sangat hinggalah akhirnya keseronokan ini melebihi had di
dalam pergerakannya ,membezakan kelakuannya dengan manusia lain kerana ia
mengandungi ciri-ciri berlebih-lebihan atau jauh dari kesederhanaan .Dengan
ciri ini orang yang gembira ini akan menjadi takabbur dan sombong yang melebihi
had syara’.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
“Dan janganlah
berjalan di bumi dengan angkuh!Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian
orang yang sombong dan membanggakan diri”
Permasalahan
Ketiga Belas:
Luqman
menasihati anaknya agar bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak terlalu
perlahan hingga menampakkan kemalasan, kelambatan yang amat sangat sehingga
menampakkan diri lemah konon-kononnya ingin dikatakaan ‘zuhud’. Tidak terlalu
laju sehingga menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada
suasana sekeliling.Oleh itu sikap sederhana dan sekata di antara lambat dan
laju merupakan tanda / lambang seseorang itu tenang,beraqal dan diri yang
cergas dan sihat.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:
“Dan
besederhanalah dalam berjalan”
Permasalahan
Keempat Belas:(terakhir)
Luqman
menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari
mengikut hajat atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan
bercakap untuk keperluan.Diterangkan dalam wasiat ini ,bahawa mengangkat suara
tanpa hajat/keperluan merupakan perkara yang dikutuk ,dikecam ,tidak disukai
dan buruk. Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa
seburuk-buruk suara adalah suara himar / keldai kerana suara himar / keldai
awalnya suara mengeluh dan akhirnya suara menguak /melalak.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:
“Dan lembutkan
lah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar”pada
anaknya itu merupakan salah satu ‘teknik’ di dalam berdakwah.Sekiranya teknik
ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian,nescaya anak-anak
akan lahir sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t..
Bertuahlah sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak seperti mereka. Mempunyai generasi
yang diibaratkan umpama purnama yang menerangi kegelapan malam. Wahai ayah dan
ibu,wasiatkan kepada anak-anakmu sepertimana wasiat yang diajar oleh Luqman
al-Hakim!!!
Dr.Wahbah
Az-Zuhaili telah berkata di dalam bukunya ‘Tafsir Munir':
“Al Baidhawi
telah berkata bahawa nama Luqman sebenarnya ialah Luqman bin Ba’ura. Beliau
bukannya nabi tetapi jumhur mengatakan bahawa beliau seorang yang bijaksana.
Diberikan kepadanya Al Hikmah iaitu kelebihan pada akalnya,cerdik dan perkataan
atau kalam yang dikeluarkannya memberi kesan kepada manusia. Nama sebenar
anaknya ialah (mengikut As-Suhaili) An’am atau Asykam atau Matan atau Tharan”
Abd.Rahman
Hassan Al Maidani berkata di dalam bukunya ‘Fiqh Dakwah’ bahawa di sana
terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Luqman
mendidik anaknya melalui ‘wasiat’. Oleh itu marilah sama-sama kita menilai
wasiat tersebut yang mengandungi 14 permasalahan penting buat umat Islam
selepas ini.
U/P :
1. Tulisan
berikut selepas ini berdasarkan terjemahan dan olahan melalui buku karangan
Dr.Wahbah Az-Zuhaili dan Abd.Rahman Hassan Al-Maidani yang tersebut di atas.
2. Untuk memudahkan anda,sila rujuk terjemahan/tafsir Al Quran bagi ayat 13-19 Surah Luqman.
2. Untuk memudahkan anda,sila rujuk terjemahan/tafsir Al Quran bagi ayat 13-19 Surah Luqman.
Permasalahan
Pertama:
Perkara
pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah jangan Syirik kepada Allah
s.w.t.. Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah s.w.t.
adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa? Kerana ia mengandungi syirik
terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta ) dan
syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah).
Atau dengan ertikata lain, mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu lain
yang juga mampu memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah s.w.t. dengan
sesuatu yang lain yang juga layak untuk disembah. Inilah Syirik!!!
Meskipun
syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap Rububiyatullah,
akan tetapi Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa orang yang mati dalam hal
demikian!
Syirik sebesar-besar
kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di tempat yang
sepatutnya. Lagi sekali kita ingin mengajukan soalan. Mengapa syirik dikatakan
zalim? Telah disepakati, bahawa Allah s.w.t.lah yang menciptakan makhluk
semesta alam. Allah s.w.t. jua yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita
samakan kekuasaan Allah s.w.t. ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika ada di
kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah s.w.t. dengan kuasa yang lain
maka ia telah melakukan kezaliman!!!
Allah s.w.t.
sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tak
mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan, maka
inilah kezaliman. aitulah meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya.
Inilah yang
diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud:
“Wahai anakku!
Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t.. Sesungguhnya mempersekutukan
Allah s.w.t. itu adalah kezaliman yang amat besar.”
Permasalahan
Kedua:
Luqman
mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah
nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan banyak. Dan kesyukuran mengandungi erti:
Balasan perbuatan yang indah dan baik dengan perbuatan yang juga baik dan
indah. Termasuk di dalam erti kata syukur ini ialah beribadah kepadaNya dengan
melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan, mendekatkan diri kepadaNya,
menuntut keredhaan-Nya dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa
kepadaNya yang Maha Esa.
Memuji lebih
umum dari bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu diberikan ke atas yang
dipuji pabila bersifat dengan sifat atau sifat-sifat yang baik. Hatta yang
dipuji itu tidak melakukan sesuatu kebaikan terhadap pemuji. Dan peringatan
‘kesyukuran’ kepada Allah s.w.t. ini dikaitkan dengan pembalasan pada Hari Qiamat.
Jika sekiranya kesyukuran itu kepada Allah s.w.t.,maka akan mendapat balasan
pahala dan jika sebaliknya akan mendapat balasan siksaan di atas kekufuran dan
keingkaran.
Inilah yang
diperkatakan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
“Dan kami
wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada
ibubapanya…Bersyukurlah kepadaku dan…Kepadaku tempat kembali.”.
Permasalahan
Ketiga:
Luqman
mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa di atas susah payah dan
jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian
dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak keduanya terutama kepada ibu.
Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari proses
mengandung sehinggalah melahirkan anak,menyusu sehingga tamat tempoh
berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mentarbiyah anak siang dan malam.
Sesungguhnya
ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali
pabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan
oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu.
Lihatlah
tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini. Terima
kasih/kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada Allah s.w.t..
‘Logiklah’ bahawa ucapan terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat Khaliq
(pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului oleh
ibu bapa yang tercinta.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
“Dan kami
wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya.
Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan
menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu!
Kepadaku tempat kembali”
Permasalahan
Keempat:
Luqman
mendidik anaknya dengan mencegah anaknya dari mentaati ibubapa yang mendesak
atau mengajak supaya mensyirikkan Allah s.w.t. dan segala macam perbuatan
maksiat yang dilarang Allah s.w.t.
Akan tetapi
sebagai anak,ibubapanya harus dilayani ,ditemani dan digauli dalam suasana yang
penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus melakukan kebaikan kepada
mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan,menghormati dan berkhidmat
kepada mereka.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
“Dan kalau
keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku, apa yang tiada engkau
ketahui ,janganlah dituruti;dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara
patut”
Permasalahan
Kelima:
Luqman
menasihati anaknya agar melalui jalan yang dilalui oleh mereka yang kembali
bertaut kepada Allah s.w.t. dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang
lurus (jalan yang Allah s.w.t. anugerahkan nikmat kepada mereka).Bukan jalan
yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah s.w.t. dan mereka yang sesat!
Mereka yang
kembali kepada Allah s.w.t ini terdiri dari kalangan para Rasul, Nabi, orang
benar dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan keikhsanan dari kalangan
orang mukmin.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
“Dan turutlah
jalan orang yang kembali kepadaKu “
Permasalahan
Keenam:
Luqman
berpesan kepada anaknya supaya melakukan ‘pemerhatian’ tentang Hari
Qiamat,urusan al- Qadha’,pembalasan amalan serta melakukan pemerhatian terhadap
segala arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus
dunia ini.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
“Nanti kamu
akan kembali kepadaKu dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang telah kamu
kerjakan”
Permasalahan
Ketujuh:
Luqman
menerangkan kepada anaknya akan ‘syumul’nya Ilmu Allah melewati ilmu manusia.
Allah s.w.t. bebas melakukan apa sahaja tanpa ada halangan. Allah s.w.t.
mendatangkan sesuatu yang diinginkanNya dari segenap tempat yang tak mampu dibuat
oleh makhluk.
Sesuatu
kebaikan,kejahatan,kezaliman dan kesalahan yang diumpamakan seperti berat biji
sawi walaupun tersembunyi jauh di dalam batu atau jauh berada di tempat yang
tinggi seperti langit atau jauh berada di sedalam-dalam tempat seperti di dasar
bumi akan didatangkan oleh Allah s.w.t. jua pada Hari Qiamat untuk dihisab /
dihitung dan diberi ganjaran dosa atau pahala.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 16 surah Luqman yang bermaksud:
“(Kata
Luqman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan
ada (tesembunyi) dalam batu,di langit atau di bumi ,itu akan dikemukakan oleh
Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal-hal yang halus) dan Cukup Tahu”
Permasalahan
Kelapan:
Luqman
menyuruh anaknya agar menunaikan solat/sembahyang kerana solat merupakan fardhu
yang difardhukanNya melalui utusanNya di bumi( dari kalangan Nabi dan Rasul).
Selepas
manusia ditegah dari syirik dan ditakutkan dengaan Ilmu Allah dan QudratNya
yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa,datanglah arahan supaya beramal dengan
amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid iaitu antaranya solat /
bersembahyang. Solat adalah tiang agama. Dalil keimanan dan yakinnya hamba
terhadap Ilahi. Jalan mendekatkan diri kepadaNya dan membantu mencegah
kemungkaran, kekejian dan mensucikan diri.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
“Hai anakku!
Dirikanlah solat/sembahyang “
Permasalahan
Kesembilan:
Luqman
menyuruh anaknya berbuat yang ma’ruf / kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini
menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan
mencegah kemungkaran dari ‘tugasan’ yang terkandung di dalam seruan Ilahi
kepada Agama Islam semenjak dahulu lagi…
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
“Suruhlah
mengerjakan yang baik,cegahlah perbuatan yang buruk”
Permasalahan
Kesepuluh:
Luqman
menasihatkan anaknya agar bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang
menimpa diri samada musibah itu datang dari Ilahi menguji diri,harta,suami
isteri dan anak-anak. Atau musibah ini berpunca dari bertembungnya dengan
masyarakat yang membenci pendakwah (pendakwah bersifat pembawa hidayat,pemberi
ingatan ,pembaik pulih dan pelindung) apabila menyeru ke arah kebaikan dan
mencegah kemungkaran dan apabila pendakwah mengajak manusia kepada Agama Allah
iaitu Islam serta lain-lain bidang atau cabang-cabang kebaikan.
Dimulakan
wasiat dengan arahan solat / bersembahyang dan ditamat dengan arahan supaya
bersabar. Mengapa? Kerana solat tiang agama dan sabar merupakan asas kekalnya
ketaatan sepanjang masa.
Secara jelas
dapat difahami ,bahawa sabar menahan musibah ini tergolong di dalam ‘perkara
yang berhajat kepada kehendak yang kuat dari tahap keazaman’.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
“Dan berhati
teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau;sesungguhnya (sikap) yang demikian
itu masuk perintah yang sungguh-sungguh”
Permasalahan
Kesebelas:
Luqman menasihati
anaknya agar jangan takabbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang
menunjukkan kesombongaan dan ketinggian diri di depan manusia.
Luqman
berpesan agar jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerna ia
menunjukkan sifat takabbur dan menghina(merendah-rendahkan seseorang). Jangan
takabbur dan merendah-rendahkan seseorang. Jangan memaling muka,membantah atau
membangkang tanpa usul periksa. Akan tetapi sentiasalah tawadhuk(merendahkan
diri) ,berlembut,manis bicara,senang diajak berbicara,seronok diajak
berbicara,riak muka yang gembira,seronok ,ramah dan menjadi pendengar yang
baik.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
“Janganlah
engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan”
Permasalahan
Kedua Belas:
Luqman
nasihati anaknya agar tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan
keseronokan yang amat sangat hinggalah akhirnya keseronokan ini melebihi had di
dalam pergerakannya ,membezakan kelakuannya dengan manusia lain kerana ia
mengandungi ciri-ciri berlebih-lebihan atau jauh dari kesederhanaan .Dengan
ciri ini orang yang gembira ini akan menjadi takabbur dan sombong yang melebihi
had syara’.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
“Dan janganlah
berjalan di bumi dengan angkuh!Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian
orang yang sombong dan membanggakan diri”
Permasalahan
Ketiga Belas:
Luqman
menasihati anaknya agar bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak terlalu
perlahan hingga menampakkan kemalasan, kelambatan yang amat sangat sehingga
menampakkan diri lemah konon-kononnya ingin dikatakaan ‘zuhud’. Tidak terlalu
laju sehingga menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada
suasanasekeliling.Oleh itu sikap sederhana dan sekata di antara lambat dan
laju merupakan tanda / lambang seseorang itu tenang,beraqal dan diri yang
cergas dan sihat.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:
“Dan
besederhanalah dalam berjalan”
Permasalahan
Keempat Belas:(terakhir)
Luqman menasihati
anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat
atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk
keperluan.Diterangkan dalam wasiat ini ,bahawa mengangkat suara tanpa
hajat/keperluan merupakan perkara yang dikutuk ,dikecam ,tidak disukai dan
buruk. Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk
suara adalah suara himar / keldai kerana suara himar / keldai awalnya suara
mengeluh dan akhirnya suara menguak /melalak.
Inilah yang
diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:
“Dan lembutkan
lah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar