KHUSNUDZAN
(Senantiasa
Bersangka Baik Sesama Insan)
Jika
engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin
kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika
bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini
belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat
kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..
Jika
bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah
beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika
bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini
memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak
akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan
ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika
bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini
bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat
kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir
umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika
bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak
tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan
beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat
buruk”

Tidak ada komentar:
Posting Komentar