FADIHLAH SHOLAT SUBUH
BERJEMAAH DI MASJID
1. Shalat Shubuh Memelihara setiap Muslim
عن أبي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:من صلى الصبح فهو في ذمة الله رواه مسلم.
Rasulullah SAW bersabda, ”Orang yang melakukan shalat shubuh, maka
dia berada di dalam perlindungan Allah”. (HR Muslim)
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia
berada dalam lindungan Allah. Maka jangan cuba cuba membuat Allah membukti
janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat subuh Allah akan
menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya dalam neraka” (Riwayat
Muslim)
Hadis menjelaskan bahawa Allah Taala akan
memberi perlindungan bagi mereka yang menunaikan solat subuh berjemaah dan
perlindungan dari Allah adalah sebesar-sebesar lindungan
2. Shalat Shubuh Setara dengan Qiyamullail
من شهد العشاء فكأنما قام نصف ليلة, ومن شهد الصبح فكأنما قام ليلة رواه مسلم.
Orang yang ikut shalat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah shalat
setengah malam. Orang yang ikut shalat shubuh (berjamaah), seolah-olah dia
telah melaksanakan shalat sepanjang malam (qiyamullail). (HR Muslim)
Solat Subuh berjemaah di Bulan Syawwal mengatasi
solat sunnat di malam Ramadan kerana mencari al-Qadar. Ini kerana solat Subuh
adalah wajib sedang solat sunnat malam walaupun ia muakkad (amat dituntut)
namun statusnya masih lagi sunnat.
Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
3. Shalat Shubuh Menyelamatkan Pelakunya daripada Api Neraka
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لن يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس وقبل غروبها رواه مسلم
Tidak akan masuk neraka seseorang yang shalat sebelum terbit
matahari (shalat shubuh) dan sebelum terbenam. (HR Muslim)
Sabda Rasulullah S.A.W. : “Seseorang mukmin yang mengerjakan solat
Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua
kebebasan, iaitu :
*dibebaskan daripada api neraka
*dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)"
4. Shalat Shubuh Memasukkan Pelakunya ke dalam Syurga
من صلى البردين دخل الجنة
Orang yang melakukan shalat baradain (ashar dan shubuh) masuk
syurga
5. Shalat Shubuh Dua Rakaat Lebih Baik dari Dunia dan Segala Isinya
ركعتا الفجر خير من الدنيا ومافيها رواه مسلم
Dua rakaat shalat Fajar (shubuh) nilainya lebih baik daripada dunia
dan segala isinya (HR Muslim)
6. Shalat Shubuh Disaksikan oleh Malaikat Malam dan Malaikat Siang
رَوَى التِّرْمِذِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي قَوْله, ” وَقُرْآن الْفَجْر إِنَّ قُرْآنالْفَجْر كَانَ مَشْهُودًا ” قَالَ: تَشْهَدهُ مَلَائِكَة اللَّيْل وَمَلَائِكَة النَّهَار هَذَا حَدِيث حَسَن صَحِيح.
Abu Hurairah radhiyallahi’anhu meriwayatkan dari nabi SAW tentang
ayat [wa quraanal fajri inna quraanal fajri kaana masyhuda]: Shalat shubuh itu
disaksikan oleh malaikat malam dan malaikat siang”. (HR Imam At-Tirmizy)
At-Tirmizy mengatakan bahawa riwayat hadits ini hasan shahih.
وَرَوَى الْبُخَارِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فَضْل صَلَاة الْجَمِيع عَلَى صَلَاة الْوَاحِد خَمْس وَعِشْرُونَ دَرَجَة وَتَجْتَمِع مَلَائِكَة اللَّيْل وَمَلَائِكَة النَّهَار فِي صَلَاة الصُّبْح
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda, ”Shalat
berjamaah lebih diutamakan dari shalat sendirian dengan 25 darjat. Malaikat
malam dan malaikat siang bertemu dalam shalat shubuh (HR Bukhari)
7. Orang Yang Shalat Shubuh Akan Mendapat Cahaya Terang di Hari
Kiamat
قال صلى الله عليه وسلم: بشر المشائين في الظلم إلى المساجد بالنور التام يوم القيامة رواه الترمذي وا بن ماجه
Rasulullah SAW bersabda, ”Berikan kabar gembira kepada orang-orang
yang berjalan kaki di kegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan
mendapatkan cahaya terang yang sempurna di hari kiamat”. (HR Tirmizy dan Ibnu
Majah)
8. Orang Munafik Merasa Berat dan Malas untuk Shalat Shubuh
وإذا قاموا إلى الصلاة قاموا كسالى يراؤن الناس ولا يذكرون الله إلا قليلا
(Orang-orang munafik itu) bila melakukan shalat, melakukannya
dengan malas. Mereka berlaku riya di hadapan manusia dan tidak mengingat Allah
kecuali sedikit.
عن أبي هريرة قال قال صلى الله عليه وسلم: ليس صلاة أثقل على المنافقين من صلاة العشاء والفجر ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً رواة الشيخان.
Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW
bersabda, ”Tidak ada shalat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari
shalat Isya’ dan shalat Shubuh. Seandainya mereka tahu keutaaan keduanya,
pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak(HR Bukhari dan
Muslim)
وها هو ابن مسعود يقول: لقد رايتنا وما يتخلف عن صلاة الفجر إلا منافق معلوم النفاق
Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Kami dahulu memandang
orang yang tidak ikut shalat shubuh berjamaah sebagai orang munafik dan telah
jelas kemunafikannya.
Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu pernah berkata, ”Dahulu kami (para
shahabat) bila ada yang tidak datang shalat shubuh dan Isya’ berjamaah, kami
berprasangka buruk kepadanya”.
Ibnul Qayyim berkata, ”Tidur di waktu Shubuh akan menghalangi
rezeki, kerana waktu shubuh adalah waktu dibagikannya rezeki”.
9. Akan diberkati oleh Allah swt.
Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam
melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu
mengerjakannya)..”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Allah S.W.T. berfirman maksudnya:
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru
Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya, dan
janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan
perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami
lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah
keadaannya itu melampaui batas.” (Surah Al-Kahfi ayat : 28)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar