SIFAT SYURGA SERTA AHLINYA
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu
Hurairah r.a. berkata: “Ya Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?” Jawab
Nabi Muhammad s.a.w.: “Dari air.” Kami bertanya: “Beritakan tentang bangunan
syurga.” Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: “Satu bata dari emas dan satu bata dari
perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za’faran,
kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah,
kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya.”
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Tiga macam
doa yang tidak akan tertolak: Imam (pemimpin, hakim) yang adil, dan orang puasa
ketika berbuka dan orang yang teraniaya, maka doanya terangkat diatas awan,
dilihat oleh Tuhan lalu berfirman: “Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan
bela padamu walau hanya menanti masanya.”
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu
Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ” Sesungguhnya didalam
syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan dibawah
naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhillin
mamdud (Yang bermaksud) Dan naungan yang memanjang terus. Dan didalam syurga
kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan
tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia. Bacalah kamu: Fala
ta’lamu nafsun maa ukh fia lahum min qurrati a’yunin jazza’an bima kanu
ya’malun (Yang bermaksud) Maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang
tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan
apa yang telah mereka lakukan. Dan temapt pecut didalam syurga lebih baik dari
dunia siisinya. Bacalah ayat: Faman zuhziha aninnari wa udkhillal jannata faqad
faza (Yang bermaksud) Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga
bererti telah untung.”
Ibn Abbas r.a. berkata: “Sesungguhnya didalam syurga
ada bidadari yang dijadikan dari empat macam iaitu misik, ambar, kafur dan
za’faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan), dan setelah
dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut
tentu menjdai tawar airnya, tercantum dilehernya: Siapa yang ingin mendapat
isteri seperti aku, maka hendaklah taat kepada Tuhanku.”
Mujahid berkata: “Bumi syurga dari perak, dan tanahnya
dari misik, dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan
zabarjad, sedang daun dan buahnya dibawah itu, maka siapa yang makan sambil
berdiri tidak sukar, dengan duduk juga tidak sukar, dan sambil berbaring juga
tidak sukar, kemudian membaca ayat: Wa dzulillat quthufuha tadzlila. (Yang
bermaksud) Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga
dapat dicapai oleh orang yang berdiri maupun yang duduk dan berbaring.
Abu hurairah r.a. berkata: “Demi Allah yang menurunkan
kitab pada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah
elok cantiknya, sebagaimana dahulu didunia bertambah tua.”
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib
r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apabila ahli syurga
telah masuk kesyurga dan ahli neraka telah masuk keneraka, maka ada seruan: Hai
ahli syurga, Allah akan menepati janji-Nya kepada kamu. Mereka berkata: “Apakah
itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami
dan memesukkan kami kedalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka
Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah
yang jiwaku ada ditanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih
senang daripada melihat zat Allah.”
Anas bin Malik r.a. berkata: “Jibril datang kepada
Nabi Muhammad s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam,
maka Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada Jibril: “Apakah cermin yang putih
ini?” Jawabnya: “Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada
dihari Jumaat, telah dikurniakan untuk mu dan untuk ummat mu, sehingga
ummat-ummat yang sebelumnya berada dibelakangmu, iaitu Yahudi dan Nashara
(kristian) dan saat dihari Jumaat, jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk
kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah, atau berlindung
kepada Allah dari suatu bahaya, pasti akan dihindarkannya, dan hari Jumaat
dikalangan kami (Malaikat) dinamakan Yaumal Mazid (hari tambahan).”
Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: “Apakah Yaumal Mazid
itu?” Jawab Jibril: “Tuhan telah membuat lembah disyurga Jannatul Firdaus,
disana ada anak bukitdari misik kasturi dan pada tiap-tiap hari Jumaat disana
disediakan mimbar-minbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para Nabi, dan
ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada diduduki
para siddiqin, suhada dan solihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang dibilik
syurga) berada dibelakang mereka diatas bukit kecil itu berkumpul menghadap
kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, lalu Allah berfirman: “Mintalah
kepadaKu.” Maka semua minta (Kami mohon keridhaanMu) Jawab Allah:”Aku telah
redho kepadamu, keridhoan sehingga kamu Aku tempatkan dirumahKu dan Aku
muliakan kamu.” Kemudian Allah menampakkan kepada mereka sehingga mereka dapat
melihat zatNya, maka tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari Jumaat
kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan dan kehormatan mereka.
Dalam lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat:
“Berikan makan kepada para waliKu.”, maka dihidangkan berbagai makanan maka
terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semuanya, bahkan lebih lazat sehingga
bila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: “Berikan minum kepada
hamba-hambaKu.” maka diberi minum yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap
teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman: “Akulah Tuhanmu telah
menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta, nescaya Aku
berikan permintaanmu.” Jawab mereka: “Kami minta ridhoMu. kami minta ridhoMu.”
dua tiga kali. Dijawab oleh Allah: “Aku ridho kepadamu bahkan masih ada
tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan penghormatan
yang terbesar dari semua yang telah kamu terima.” Maka dibukakan hijab sehingga
mereka dapat melihat dzat Allah yang Maha Mulia sekehendak Allah, maka segera
mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah sehingga Allah menyuruh mereka:
“Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat.” Maka disitu mereka lupa
pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat
lebih besar daripada melihat dzat Allah yang Maha Mulia. Kemudian mereka
kembali maka semerbak bau harum dari bawah Arsy dari bukit kasturi yang putih
dan ditaburkan diatas kepala mereka, diatas ubun-ubun kuda mereka, maka apabila
mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari
semula ketika mereka meninggalkan mereka sehingga isteri-isteri mereka berkata:
“Kamu kini lebih elok dari yang biasa.”
Abul-Laits berkata: “Terbuka hijab, bererti hijab yang
menutupi mereka untuk melihat-Nya. Dan erti melihat kepadaNya iaitu melihat
kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya tetapi kebanyakkan ahli ilmu
mengerikan: Melihat dzat Allah tanpa perumpamaan.”
Ikrimah berkata: “Ketangkasan ahli syurga bagaikan
orang berumur 33 tahun lelaki dan perempuan sama-sa,a, sedang tingginya enam
puluh hasta, setinggi nabi Adam a.s. muda-muda yang mesih bersih halus tidak
berjanggut, bola matanya, memakaitujuh puluh macam perhiasan, yang berubah
warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya
dimuka isterinya, demikian pula didadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya
dapat melihat wajahnya diwajah suaminya, didada dan dibetisnya, mereka tidak
berludah dan tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh.”
Dalam lain riwayat: “Andaikan seorang wanita syurga
menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit
dan bumi.”
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya Zaid bin Arqam
r.a. berkata: “Seorang ahlil kitab datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bertanya:
“Ya Abal-Qasim, apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan minum?”
Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: “Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada ditanganNya,
seorang ahli syurga diberi kekuatan seratus orang dalam makan, minum dan jima
(bersetubuh).” Dia berkata: “Sedang orang yang makan, minum ia lazimnya
berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kekotoran? Jawab Nabi Muhammad
s.a.w. : “Hajat seseorang itu berupa peluh yang berbau harum bagaikan kasturi.”
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Mu’tah
bin Sumai mengenai firman Allah s.w.t.: “Thuba lahum wa husnu ma ab.”
Thuba ialah pohon pokok disyurga yang dahannya dapat
menaungi tiap rumah disyurga, didalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi
burung-burung besar sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan
segera jatuh diatas meja makannya, dan dapat makan sayap yang sebelah berupa
dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang
kembali.”
Dari Al’amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata:
Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Rombongan pertama akan masuk syurga dari
ummatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang
amat terang dilangit, kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing,
mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir
rambut mereka dari emas dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan
peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan
Adam a.s. enam puluh hasta.”
Ibn Abbas r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: “Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, polos, halus, tidak ada
rambut kecuali dikepala, alis dan idep (dikelopak mata), sedang janggut, kumis,
ketiak dan kemaluan polos tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam
a.s. enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa a.s 33 tahun, putih rupanya,
hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan
berkata: “Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari
kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang
sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya.”
Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan,
tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang jari-jarinya ada sepuluh
cincin, terukir pada yang pertama: Salam alaikum bima shobartum, dan yang
kedua: Ud khuluha bisalamin aminin, yang ketiga : Tilkal janatullati urits tumu
ha bima kuntum ta’malun, yang keempat: Rufi’at ankumul ahzana wal humum, yang
kelima: Albasakum alhuli wal hulal, yang keenam Zawwa jakum ul hurul iin, yang
ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a’yun wa antum fiha
khalidun, yang kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin, yang kesembilan:
Shirtum syababa laa tahromun dan yang kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa
yu’dzil jiran.”
Ertinya:
1.Salam alaikum bima shobartum Selamat sejahtera kamu
kerana kesabaran kamu
2. Ud khuluha bisalamin aminin Masuklah kesyurga
dengan selamat dan aman
3.Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum
ta’malun Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu
4.Rufi’at ankumul ahzana wal humum Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita
4.Rufi’at ankumul ahzana wal humum Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita
5.Albasakum alhuli wal hulal Kami berimu pakaian dan
perhiasan
6.Zawwa jakum ul hurul iin Kami kahwinkan kamu dengan bidadari
7.Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a’yun wa antum fiha khalidun Untuk mu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu.
6.Zawwa jakum ul hurul iin Kami kahwinkan kamu dengan bidadari
7.Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a’yun wa antum fiha khalidun Untuk mu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu.
8.Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin Kamu telah berkumpul
dengan para Nabi dan Siddiqin
9. hirtum syababa laa tahromun Kamu menjadi muda dan
tidak tua selamanya
10.Sakantum fi jiwari man laa yu’dzil jiran Kamu
tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.
Abul-Laits berkata: “Siapa yang ingin mendapat
kehormatan itu hendaklah menepati lima perkara ini iaitu:
1. Menahan dari maksiat kerana firman Allah s.w.t.:
“Wa nahannafsa anil hawa fainnal jannat hiyal ma’wa yang bermaksud “Dan menahan
nasfu dari maksiat maka syurga tempatnya.”
2. Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: “Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia.”
3.Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan sebab kemungkinan amal itu yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga seperti firman Allah s.w.t. : “Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.”
4. Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab mereka diharapkan syafa’atnya sebagaimana dalam hadis: “Perbanyaklah kawan kerana tiap kawan itu ada syafa’atnya pada hari kiamat.”
5. Memperbanyakkan doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah.
2. Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: “Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia.”
3.Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan sebab kemungkinan amal itu yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga seperti firman Allah s.w.t. : “Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.”
4. Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab mereka diharapkan syafa’atnya sebagaimana dalam hadis: “Perbanyaklah kawan kerana tiap kawan itu ada syafa’atnya pada hari kiamat.”
5. Memperbanyakkan doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah.
Sebagaimana ahli hikmah berkata: “Condong kepada dunia
setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh
beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga
ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah
istirehat didunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh
orang yang meninggalkan berlebihan didunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang
ada didunia.
Ada seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur
oleh orang: “Kamu cukup dengan itu tanpa roti?” Jawabnya: Saya jadikan makanan
ini untuk syurga sedang kau jadikan untuk w.c, kau makan segala yang lazat dan
akhirnya ke w.c, sedang saya makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya
sampai kesyurga.”
Ibrahim bin Adham ketika masuk ketempat permandian
dilarang oleh penjaganya: “Jangan masuk kecuali jika membayar wangnya.” Maka ia
menangis dan berdoa: “Ya Allah, seorang untuk masuk kerumah syaitan tidak
diizinkan tanpa wang, maka bagaimana saya akan masuk ketempat para Nabi dan
Siddiqin tanpa upah?”
Tersebut dalam wahya yang diturunkan pada sebahagian
para Nabi itu: “hai Anak Adam, kau membeli neraka dengan harga mahal dan tidak
mau membeli syurga dengan harga murah.” Ertinya: Adakalanya pengeluaran untuk
maksiat itu banyak dan ringan, tetapi untuk sedekah kebaikan sedikit dan
berat.”
Abu Hazim berkata: “Andaikata syurga itu tidak dapat
dicapai kecuali dengan meninggalkan kesukaannya didunia, nescaya itu ringan dan
sedikit untuk mendapat syurga, dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari
kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, niscaya itu ringan
dan sedikit disamping keselamatan dineraka. Padahal kamu dapat masuk dan
selamat dari neraka dengan sabar menderita satu peratus dari kesukaran.”
Yahya bin Mu’adz Arrazi berkata: “Meninggalkan dunia
berat tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah
meninggalkan dunia.”
Anas bin Malik r.a berkata: “Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: “Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga
berdoa: “Ya Allah, masukkan ia kesyurga” dan siapa berlindung kepada Allah dari
neraka tiga kali maka neraka berdoa: “Ya Allah, hindarkan ia dari neraka.”
Semoga Allah s.w.t. menghindarkan kami dari neraka dan
memasukkan kami kedalam syurga. Dan andaikan didalam syurga itu tidak ada
apa-apa kecuali bertemu dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan baik,
maka bagaimana padahal disyurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua
ada.
Anas bin Malik r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: “Didalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya
orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika didunia, dan cara beribadat,
bagaimana keadaan antara si fakir dengan si kaya, dan bagaimana keadaan sesudah
mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai kesyurga.”
Abul-laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah
bin Mas’ud r.a. berkata: “Manusia semua akan berdiri didekat neraka, kemudian
mereka menyeberang diatas sirat (jambatan) diatas neraka, masing-masing menurut
amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin
kencang, ada yang bagaikan kuda yang cepat larinya, dan seperti lari orang, dan
ada yang bagaikan terbang burung, dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang
akhir berjalan diatas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka
dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang dikanan
kirinya Malaikat yang membawa bantolan untuk membantol (menyeret) orang-orang,
maka ada yang selamat, ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang
langsung tersungkur kedalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama
berdoa: “Robbi sallim saliim” (Ya Tuhan, selamatkan, selamatkan) dan ada orang
yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk kesyurga, maka ia selamat dari
sirat, terbuka baginya pintu syurga dan merasa tidak ada tempat baginya
disyurga, sehingga dia berdoa: “Ya Tuhan, tempat saya disini.” Jawab Tuhan:
“Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini lalu minta yang lainnya.” Jawabnya:
“Tidak, demi kemuliaanMu.” Maka ditempatkan disitu, kemudian diperlihatkan
kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga dia merasakan kerendahan tempat yang
diberikan kepadanya, lalu ia berkata: “Ya Tuhan, tempatkan lah aku disitu.”
Dijawab oleh Tuhan: “Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini lalu minta yang
lainnya.” Jawabnya: “Tidak, demi kemuliaanMu.” kemudian diperlihatkan kepadanya
syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya masih rendah,
tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama sehingga ditanya: “Apakah kau
tidak minta?” Jawabnya: “Saya sudah minta sehingga merasa malu.” Maka firman
Allah s.w.t.: “Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah
tempat disyurga.”
Abdullah bin Mas’ud berkata: “Nabi Muhammad s.a.w.
jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.”
Dalam hadis: “Diantara wanita-wanita didunia ini ada
yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amal perbuatannya ketika
didunia.”
Firman Allah s.w.t.: “Inna ansya’nahunna insya’a,
fija’alnahunna abkara uruban atraba li ash habil yamin.” yang bermaksud: “Kami
cipta mereka baru dan Kami jadikan mereka tetap gadis yang sangat kasih dan
cinta, juga tetap sebaya umurnya, untuk orang-orang ahlil yamin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar