AINUL MARDIAH
Namanya
membawa maksud “Mata yang diredhai”. Pandangannya jatuh umpama pelangi.
Susuknya indah, jauh lebih sempurna dari segala wanita di dunia. Kecantikannya
bukan bayangan manusia…Cuma untuk memilikinya, perlu menitiskan darah sebagai
syuhada! Itulah dia ‘Ainul Mardhiah. Bidadari yang paling cantik di kalangan
bidadari lain di syurga. Suatu pagi di bulan Ramadhan,
Rasulullah bersabda
kepada pengikutnya dan para sahabat.
“Barangsiapa
yang keluar ke jalan Allah pada hari ini dan tiba-tiba syahid, maka dia akan
dijanjikan seorang bidadari tercantik di syurga, Ainul Mardhiah”
Mendengar
berita itu, seorang sahabat yang sangat muda usianya merasa teruja. Ingin
ditanya tentang bidadari tersebut pada Rasululullah, tapi dia merasa malu.Sebelum
keluar berperang, mereka tidur dan pemuda itu bermimpi.
Dia
bermimpi bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantik. Lalu
ditanya, apakah namanya tempat ini. “Inilah syurga” jawab lelaki itu. Lalu dia
menyatakan hasratnya ingin berjumpa Ainul Mardhiah. Setelah diberitahu, dia
berjalan dan berjumpa pula dengan seorang wanita yang kecantikannya tiada di
dunia. Pemuda itu memberi salam dan bertanya “Andakah Ainul Mardhiah?” Jawab
wanita rupawan itu, “Bukan, saya hanya khadamnya.”
Setelah
itu, dia memasuki sebuah mahligai indah tidak terperi dan terjumpa seorang
wanita yang lebih cantik dari tadi. Tapi apabila ditanya, wanita itu ternyata
hanya khadam Ainul Mardhiah. Sampailah dia menaiki anak-anak tangga mahligai
permata, dia menemui seorang perempuan yang sangat cantik paras dan susuknya.
Malahan berkali ganda lebih cantik dari dua wanita tadi.
Wanita
itu tersenyum sambil berkata “Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untukmu”
Sebaik saja dia ingin mendekati wanita itu, Ainul Mardhiah melarang dan berkata
“Jangan, jangan kau dekati aku kerana engkau belum syahid lagi!”
Serentak
itu, pemuda tadi terbangun. Sebelum berangkat ke medan perang, dia menceritakan
mimpi aneh itu pada salah seorang sahabat. Pesannya, “Jangan ceritakan pada
Rasulullah sehingga aku menemui syahid.”
Ditakdirkan
Allah SWT, pemuda itu gugur syahid. Petangnya, sahabat tadi menceritakan kepada
Rasulullah tentang segalanya. Dan Rasulullah berkata “Benar, segalanya benar
dan kini pemuda itu sedang menunggu waktu berbuka di dalam syurga ditemani
Ainul Mardhiahnya.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar